Puisi Keretapi Pagi
Oleh: Azad Jasmi
Kisah pagi ini
Tatkala mentari masih bayi
Ruang dlm pujangga berisi
Teks sana teks sini
Masing-masing ada dongeng sendiri
Ramai duduk ada pula bangkit
Pintu buka terus berlari
Sinopsis keretapi
Aneka tentang diri
Bibir kocak menyanyi
Telinga “earphone” berisi
Android Apple & Xiome
Macam-macam lagi
Spektrum warna tiada siapa memahami
Cerita malam tadi
Pilu murung suka penutup sendiri
Fikiran putar kanan kiri
Kejap jalan kejap berhenti
Pentas dunia ragam duniawi
Dalam LRT; MRT
Aku jadi pemerhati
Jason Bourne terasa diri
Bayangan perisik terjadi
Diri ini
Ada pakai sebaldi pewangi
Ada pula tak mandi pagi
Tengit hidung kiri
Ada senyum nampak gusi
Ada sedih tampak diri
Ada pegang bagasi
Tapi semua akrab di sisi
Dengan phone tak lekang sejak tadi
Cerita ini renda kita
Wacana rakyat jelata
Bangun pagi pergi kerja
Norma sutra
Roda berputar semula
Esok lusa selagi hayat ada
Ini potret kehidupan pagi
Penduduk negara keretapi
Berjuang untuk anak isteri & suami
Kais pagi makan pagi
Ada kais hari ini makan sebulan lagi
Tak serupa penduduk sesetengah negeri
Makan mereka bukan hasil kais sendiri
Senang hati
Tapi kita bukan seperti ini
Hidup kita berbeda sekali
Masuk pagi ada balik malam nanti
Demi sesuap nasi
Ah! Panorama keretapi pagi
Lukisan kisah pelbagai edisi
Doa gue biar semua di sini
Beraqah rezeki yg di cari
Loceng sudah berbunyi
Destinasi
Langkah kaki
Mengharap ihsan Sang Pencipta Abadi
Untuk gue lanjutkan hidup ini
Maka turunlah manusia ini
Berderap tapak tinggalkan keretapi
Di lain masa insyaAllah ketemu
14 Feb 2018