close

Puisi Kuasa Di Sebalik Sebuah Puisi – Oleh: Shah Ri Zan

Bagaimana puisi & maknanya di balik bait-bait puisi tenta kuasa di sebali sebuah puisi, untuk lebih jelasnya silahkan disimak saja puisinya berikut ini, puisi dgn rangkaian kata kata melayu.

KUASA DI SEBALIK SEBUAH PUISI
Oleh: Shah Ri Zan

aku hentikan dahulu…
puisi-puisi cinta & pula rindu
kerana jiwaku telah terpanggil
memuisikan sesuatu
yang lebih berkeutamaan
berbanding cengeng rasa sendiri

ada kuasa… yg luar biasa
pada tinta-tinta hitam dipaku ke sehelai putih
puisi-puisi….
seumpama kepala batang-batang mancis
yang tinggal untuk digores
pada belerang-sulfur semangat
yang ada pada dada-dada insani
yang bisa mencetuskan gelombang kebangkitan
atas nama pembelaan sekalian marhaen
yang nasibnya diinjak-injak
oleh penguasa-penguasa kebatilan

kepala batang-batang mancis kita
telah dibasahkan oleh ketidakpedulian
telah dikuyupkan oleh kemunduran
Kerana apa?
kerana sekali mereka biarkan
mancis menggores welirang
mereka khuatir apinya takkan mampu dipadam

bisa saja mereka makmurkan…
puisi di sekolah-sekolah
bisa saja minat serta cinta puisi…
mereka pupuk di mana-mana
bisa saja mereka memperuntukkan
sejumlah dana
untuk menjulang martabat sastera

tetapi…
setiap pemberian harus ada imbalannya
setiap yg diganjarkan
niscaya akan ditagih semula
setiap gumpalan wang kertas itu
tersembunyi acara tersendiri

nanti pasti mereka akan meminta
berpuisilah ananda dgn memuji aku
berpuisilah ananda demi kepentinganku
berpuisilah ananda demi menjatuhkan seteruku
berpuisilah ananda demi keberlangsunganku
nescaya akan kutuntaskan segala keinginanmu

Oh!!!! Tidakkkk!!!!
aku tak rela maruah puisi diperkosa
untuk apa gue menggadaikan kesuciaan puisi
untuk kezaliman para pendusta

mereka takkan membiarkan….
batang mancis mencucuh belerang
percikan api yg kecil itu
akan segera dipadam
kerana meraka tahu
kobaran api
dari percantuman mancis & welirang itu
akan marak & merebak
yang hendak mengkremasi hangus
seluruh singgahsana takhta mereka
yang terbina daripada keringat rakyat jelata

  Puisi Guru Pendek Dan Singkat Menyentuh Hati

ada kuasa di sebalik puisi
yang cukup merbahaya apinya pergi
dan sengaja mereka misterikan api itu
dari menyala

TONGKAT SAKTI
Belantara Konkrit
Semenanjung Tanah Melayu
6 Mac 2018