Niat Zakat Fitrah – Zakat adalah rukun Islam yang ketiga (three) dimana seseorang itu mengeluarkan harta dengan mengikut kadar dan syarat-syarat tertentu, dan seterusnya diagihkan dan dibahagikan kepada lapan (8) asnaf yang layak untuk menerimanya.
Daftar Isi
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Jadi, anak kecil mahupun dewasa, tua dan muda, lelaki dan perempuan, wajib membayar zakat fitrah. Yang wajib menunaikan zakat adalah lelaki, oleh itu khususnya untuk bayi, anak kecil dan isteri yang wajib menafkahinya adalah ayah dan suami. Namun, bagi yang mampu, digalakkan membayar sendiri.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini diterangkan melalui hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim
Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan two.lxx kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
ane. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal
ii. Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
three. Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
four. Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
5. Waktu Haram
Waktu terbenam matahari satu Syawal
Niat Zakat Fitrah untuk Diri Sendiri
Niat ini diucapkan oleh diri kita sendiri tanpa diwakilkan kepada orang lain. Niatnya dalam bahasa Arab adalah seperti berikut:
نَوَيْتُ اَنْ اُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنْ نَفْسِىْ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘AN NAFSII FARDLOL LILLAAHI
Ertinya: Sengaja saya menunaikan zakat fitrah pada diri sendiri, fardhu kerana Allah Ta’ala
Niat Zakat untuk Isteri
Kepada suami yang ingin membacakan niat zakat fitrah untuk isterinya, niat lafaznya adalah seperti berikut:
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنْ زَوْجَتِيْ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘AN ZAUJATII FARDHOL LILLAATI TA’AALAA
Ertinya: Saya niat mengeluarkan zakat fitrah atas isteri saya, fardhu kerana Allah Ta’ala
Niat Zakat untuk Anak Lelaki
Bagi ibubapa yang memiliki anak lelaki yang masih bayi, belum baligh dan/atau mungkin belum mampu membaca niat zakat fitrah, maka ia boleh diwakilkan kepada orang tua anak lelaki tersebut. Niat lafaznya adalah seperti berikut:
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنْ وَلَدِيْ(…..) فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘AN WALADII (Sebutkan Nama Anaknya) FARDHOL LILLAAHI TA’AALAA
Ertinya: Senjaga saya mengeluarkan zakat fitrah atas anak lelaki saya, (sebut namanya), fardhu kerana Allah Ta’ala
Niat Zakat Fitrah untuk Anak Perempuan
Bagi ibubapa yang memiliki anak perempuan yang masih bayi, belum baligh dan/atau mungkin belum mampu membaca niat zakat fitrah, maka ia boleh diwakilkan kepada orang tua anak lelaki tersebut. Niat lafaznya adalah seperti berikut:
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنْ بِنْتِيْ(…..) فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘AN BINTII (Sebutkan Nama Anaknya) FARDHOL LILLAAHI TA’AALAA
Ertinya: Sengaja saya mengeluarkan zakat fitrah atas anak perempuan saya, (sebut namanya), fardhu kerana Allah Ta’ala
Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri dan Keluarga
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنِّىْ وَعَنْ جَمِيْعِ مَا يَلْزَمُنِىْ نَفَقَاتُهُمْ شَرْعًا فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNII WA’AN JAMII’I MAA YALZAMUNII NAFAQOOTUHUM SYAR’AN FARDHOL LILLAAHI TA’AALAA
Ertinya: Saya niat mengeluarkan zakat atas diri saya dan atas sekalian yang saya diwajibkan memberi nafkah kepada mereka secara syari’at, fardhu kerana Allah Ta’ala.
Niat Zakat Fitrah untuk Orang yang Diwakilkan
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنْ (…..) فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘AN (Sebutkan Nama Orangnya) FARDHOL LILLAAHI TA’AALAA
Ertinya: Niat saya mengeluarkan zakat fitrah atas (sebut nama orangnya), fardhu kerana Allah Ta’ala
Bacaan Doa Penerima Zakat Fitrah
Bagi pihak penerima, adalah sunnah bagi mereka untuk melafazkan doa menerima zakat fitrah seperti berikut:
ءَاجَرَكَ اللهُ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَبَارَكَ فِيْمَا اَبْقَيْتَ وَجَعَلَ اللهُ لَكَ طَهُوْرًا
Ertinya: Sengaja Allah SWT sentiasa memberimu pahala, pada barang yang telah engkau berikan dan mudah-mudahan Allah SWT memberikanmu berkah pada apa saja yang tinggal padamu serta mudah-mudahan dijadikannya kesucian bagi engkau
Dalil Dasar Zakat Fitrah
1. Hadith sahih riwayat Bukhari tentang wajibnya zakat fitrah dan jumlahnya one sha’:
فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر من رمضان صاعاً من تمر ، أو صاعاً من شعير ؛ على العبد والحر ، والذكر والأنثى ، والصغير والكبير من المسلمين . و أمر بها أن تؤدى قبل خروج الناس إلى الصلاة
Ertinya: Rasulullah mewajibkan zakat fitrah pada Bulan Ramadan sebanyak i sha’ kurma, atau biji-bijian untuk lelaki, perempuan, anak kecil (dan) orang dewasa yang (beragama) Islam
ii. Hadith sahih riwayat Bukhari tentang waktu mengeluarkan zakat fitrah:
فعن نافع مولى ابن عمر رضي الله عنهما أنه قال في صدقة التطوع : ” و كانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين
Ertinya: Ibnu Umar berkata, “Mereka memberikan zakat selang sehari atau dua hari sebelum lebaran Idul Fitri.”
iii. Hadith hasan riwayat Abu Daud tentang hikmah zakat fitrah:
فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر طهرة للصائم من اللغو والرفث ، وطعمة للمساكين . من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة ، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات
Ertinya: Nabi Muhammad SAW mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang yang berpuasa dari kesia-siaan dan kekotoran dan untuk memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri maka itu adalah zakat fitrah yang diterima dan barangsiapa yang membayar zakat fitrah setelah solat maka itu dianggap sedekah biasa
Sumber:
http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-zakat/pengenalan-zakat-fitrah/
http://www.alkhoirot.net/2012/03/panduan-zakat.html#half-dozen